Aquila Emas Sdn. Bhd. telah mula beroperasi pada tahun 2005 Sebuah syarikat pengurusan dan pembangunan bakat dan berkembang menjadi sebuah syarikat penerbitan kandungan filem dan TV di Malaysia.
Kami adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan:-
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
dan turut aktif dalam beberapa persatuan seperti :
Persatuan Penerbit TV Malaysia
Creative Content Association Malaysia (CCAM).
Aquila Emas berpengalaman menerbitkan kandungan kreatif dalam pelbagai format seperti filem, telemovie, drama TV bersiri, dokumentari, travelog, majalah TV, kandungan berbayar, video korporat dan lain-lain lagi.
Kami menyediakan perkhidmatan seperti menguji bakat, penerbitan kandungan kreatif dan pasca-penerbitan,
pemasaran dan perolehan kandungan kreatif untuk stesen penyiaran tempatan atau serantau. Para pelanggan kami terdiri daripada stesen TV penyiaran tempatan, penyedia penstriman OTT, agensi kerajaan dan syarikat korporat.
Kami bertekad untuk menghasilkan penceritaan yang menghiburkan dan
mempersonakan kerana ianya berkaitan kandungan yang mantap.
Siapa jua anda dan memerlukan khidmat dari kami, sila emel pertanyaan anda di info@aquilaemas.com.my atau menelefon kami di talian 60391716918.
+60391716918.
Terima kasih.
Visi
Aquila Emas mensasarkan untuk menjadi pencetus dan penerbit kandungan kreatif yang terkemuka seraya menerajui transformasi industri dengan pendekatan yang inovatif dan kreatif.
Misi
Aquila Emas telah menetapkan misi ini untuk memastikan terus unggul sebagai pembekal dan pengedar kandungan kreatif yang menghiburkan dan berinformasi, malah mampu memberi inspirasi kepada masyarakat di serata dunia.
Aquila Emas beriltizam:
Menerajui industri kandungan kreatif dengan penuh inovasi dan profesionalisme demi mencapai piawaian lebih tinggi.
Memperluas rangkaian dan jalinan perniagaan dengan pasaran lebih luas, lebih baik dan memenuhi permintaan yang berterusan.
Terus menjalin hubungan baik dengan media, rakan industri dan pemegang taruh di dalam industri kandungan kreatif.
Mencipta peluang kepada bakat-bakat untuk mempersembahkan bakat dan kemahiran mereka.
Lihat Produk Kami
Our methodical and creative approach will ensure you obtain the results you need.